TENTANG KAMI

Koperasi kami

Ditubuhkan pada 2020 oleh Hj Mohd Kasmadi Bin Md Suboh.  Penubuhan ini bertujuan membantu orang ramai  dalam memudahkan urusan. Perkhidmatan dobi layan diri ini sememangnya akan memudahkan dan menyingkatkan masa untuk melakukan kerja-kerja rumah .

Selain itu, Koperasi ini bertujuan untuk membekalkan bekalan ayam yang halal dan patuh syariah. selain itu, koperasi berayan juga ingin memupuk muslim untuk mempelajari cara penyembelihan yang betul mengikut syara. Tukang penyembelih yang akan mengajar cara penyembelihan mempunyai pengalaman serta sijil dalam penyembelihan. 

Koperasi Berayan tertumpu kepada penawaran perkhidmatan dan keusahawanan bersepadu yang merangkumi kegiatan ekonomi. Koperasi ini melibatkan perkhidmatan layan diri yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Dalam bahagian penternakan , Koperasi Berayan dapat membantu usahawan Bumiputera memantapkan kemahiran mereka, kekalkan kualiti  makanan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan.

 

Objektif Koperasi

Koperasi Berayan Parit Marjunid ini bertujuan membantu orang ramai dalam memudahkan urusan dalam perkhidmatan pentenrnakan dan penyediaan dan pembersihan pakaian.

Misi :  Memperkasakan pembangunan infratruktur koperasi dan perkhidmatan kepada masyarakat secara profesional dan telus

Visi : Menjadikan koperasi berayan parit marjunid sebuah koperasi yang maju, progresif makmur dan terunggul.

Misi & Visi

Koperasi

Ahli lembaga koperasi

Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan.  

Kegiatan lembaga ditentukan oleh kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab yang ditugasinya atau diberikannya oleh pihak berkuasa di luar bidang kuasanya